Popular Posts

Search This Blog

Tuesday 11 October 2016

CONTEST SPECIAL COUPUN

Sertai peraduan Kira & Menang di Giant dan anda mungkin berpeluang untuk menang Baucer membeli belah di Giant. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat pembelian sekurang-kurangnya RM70 dan ke atas untuk melayakkan anda menyertai peraduan ini.

Cara-cara menyertai peraduan:

1. Beli barangan di Giant bernilai RM72 keatas.
2. Jawab 2 soalan dan teka bilangan belon Giant Gemilang.
3. Kepilkan resit pembelian bersama borang peraduan yang boleh didapati di kaunter khidmat pelanggan kami di stor Giant berdekatan anda.
4. Hadiah: RM2,400 setiap pemenang.
5. Bilangan pemenang: 30 orang.


Peraduan bermula dari 8 September hingga 19 Oktober 2016. Untuk maklumat lanjut sila layari >>https://www.facebook.com/giantmalaysia/contest

Selamat mencuba!!


Monday 10 October 2016

Dilema Kehidupan.....!!!!

Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celah dedaunan hijau.


"Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut.
Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh kamu, ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.
"Aku hampir tidak daun untuk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat!" tanya si ulat kecil.
"Boleh! Boleh! Datanglah ke mari!" kata daun hijau.
Daun hijau terfikir, jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat, dia akan tetap hijau. Hanya akan kelihatan berlubang-lubang.. tetapi tak mengapalah!
Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau. Setelah makan dengan kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau.
Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini, namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.
Tidak lama kemudian, ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Demikianlah kehidupan kita.. hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.
Yang manakah, yang sering kita lakukan, menjadi ulat yang sanggup berkorban apa sahaja?